Cerita RakyatPuteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya |
Cerita sebenar puteri Sinar
Bulan Gemilang Cahaya Kisah bermula dengan Puteri Sinar Bulan mempunyai
suami bernama Putera Ramrina. Mereka menuntut dengan Mahaguru Maharasyi
Mata Api. Lama kelamaan Puteri Sinar Bulan pun mengandung tiga bulan.
puteri Sinar Bulan ingat hendak kembali bersalin di istana raja oleh
kerana suaminya anak raja. Putera Ramrina ini adalah anak kepada Raja
Andika Sari. Lalu mereka pergi meminta izin kepada Tok Guru Maharasyi
babawa mereka hendak pulang ke istana dan Maharasyi memberi keizinan
kepada mereka berdua.
Di pertengahan jalan Putera Ramrina dan Puteri Sinar
Bulan bertemu dengan gergasi yang bernama Kamkeng. Kebetulan Gergasi
Kamkeng ini ialah raja gergasi. Ia hendak mengahwinkan anaknya puteri
Cahaya dengan Gergasi Damtamin. Isteri Gergasi Kamkeng bernama Luman.
Adat gergasi apabila hendak membuat kenduri kahwin
mesti melumur rumah dengan darah manusia. Gergasi Kamkeng telah meminta
izin bininya untuk mencari darah manusia. Semasa berjalan-jalan itu ia
terjumpa dengan Sinar Bulan dan suaminya Ramrina.
Bulan bertujuan mengambil darah mereka. Maka
berlakulah pertengkaran dan pertempuran di antara Putera Ramrina dan
orang suruhannya dengan Gergasi Kamkeng. Dalam perlawanan ini Gergasi
Kamkeng telah tewas dan telah ditangkap oleh Putera Ramrina dan dua
orang hambanya iaitu Ito dan Nunui. Gergasi Kamkeng telah mereka ikat
dan mereka hendak membunuh gergasi tersebut, tetapi Gergasi Kamkeng
berkata,
"Janganlah kau bunuh aku, aku mai sini cuma nak
ambik darah menusia. Dengan betui iklas aku bagi tau aku nak ambik darah
menusia, ikut adat gergasi ambik darah menusia lumok ghumah baghu boleh
kawinkan anak. Bukalah ikatan ni, aku sanggup kawinkan Ramrina dengan
anak aku Puteri Cahaya".
Yang mengikat Gergasi Kamkeng ialah Puteri Sinar
Bulan bini Putera Ramrina. Puteri Sinar Bulan ini seorang yang megah
kerana tuah anaknya yang di dalam kandungan. puteri Sinar Bulan
mengizinkan suaminya berkahwin dengan Puteri Cahaya. Gergasi Kamkeng
sanggup mengahwinkan anaknya dengan Ramrina tetapi anaknya puteri Cahaya
telah pun dipinang terlebih dahulu oleh Gergasi Damtamin. Namun begitu
masih belum cukup tempohnya sepuluh hari untuk dikahwini.
Ramrina lalu berkata, "Tak pa lah."
Mereka pun balik ke negeri gergasi.
Mereka pun balik ke negeri gergasi.
Tersebutlah pula kisah Gergasi Perop Lok Ka, yang
bertunang dengan Puteri Suni anak kepada Bangkaro bininya Puteri
Keriana. Apabila cukup tempoh dia hendak berkahwin dengan puteri Suni,
anak kepada Bangkaro. Gergasi Perop Lok Ka terus pergi meminang, tetapi
bangkaro berkata, ”Walaupun dipelemah dia (Puteri Suni) tak kan setuju
dengan Perop Lok ka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar